Surah 1


[1.1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1.2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[1.3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1.4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[1.5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[1.6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[1.7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Shodaqallahu 'Adziim;