![]() ![]() "[104.1] Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, [104.2] Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; [104.3] Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! [104.4] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam ""Al-Hutamah"". [104.5] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia ""Al-Hutamah"" itu? [104.6] (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), - [104.7] Yang naik menjulang ke hati; [104.8] Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. [104.9] (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang." ![]() Shodaqallahu 'Adziim; ![]() |
Disini, terletaknya Tafsir Al-Quranul Karim, Serta bacaannya. Semoga ia menjadi penawar segala penyakit. Sinaran Cahaya bagi Umat Muslimin. Dan menjadi peneguh Iman. Sebagai manusia, kita bersifat tidak sempurna. Oleh itu, jika anda mendapati ada kesalahan yang tertulis disini, harap memberi tahu kami melalui email ini: celestial_infinity@hotmail.com. |