Surah 110


"[110.1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -

[110.2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

[110.3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."



Shodaqallahu 'Adziim;