![]() ![]() "[94.1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? [94.2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - [94.3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? [94.4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? [94.5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, [94.6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [94.7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), [94.8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." ![]() Shodaqallahu 'Adziim; ![]() |
Disini, terletaknya Tafsir Al-Quranul Karim, Serta bacaannya. Semoga ia menjadi penawar segala penyakit. Sinaran Cahaya bagi Umat Muslimin. Dan menjadi peneguh Iman. Sebagai manusia, kita bersifat tidak sempurna. Oleh itu, jika anda mendapati ada kesalahan yang tertulis disini, harap memberi tahu kami melalui email ini: celestial_infinity@hotmail.com. |